Click here for Myspace Layouts

Kami menerima tempahan untuk hamper, door gift majlis perkahwinan, door gift majlis hari jadi, hantaran pertunangan dan perkahwinan dll atas permintaan pelanggan. Selain dari itu, kami juga sedia melayani dan memenuhi permintaan-permintaan istimewa dari pelanggan sesuai untuk majlis-majlis tertentu.

Thursday, January 21, 2010



Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta? Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai? Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?
Sweet Q ada titipan mengenai kebaikan coklat

COKLAT & 4K
(sebenarnya mungkin boleh menjadi 10K barangkali... heee)


1 Coklat & Kesihatan



Kandungan kokonya menbuatkan coklat kaya dengan antioksida iaitu fenol dan flavonoid. Antioksida mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh. Kandungan antioksida dalam koko tiga kali lebih banyak dari teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.
 Ia mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko serangan jantung & membantu mencegah kanser serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi. Selain itu, kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol. Ia tidak akan menyumbat pembuluh darah.

Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.

Coklat juga mengandungi vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D dan vitamin E. Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita, pra menstruasi (PMS). Dengan menikmati coklat, ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita. Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.


2 Coklat & Kerehatan


Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja. Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak. Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu. Selain itu, zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan saraf dan jantung yang membuat tubuh kita terjaga dan bersemangat. Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh. Manfaat lainnya juga ia juga boleh membantu meredakan batuk.


3 Coklat & Kecantikan


Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal. Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.


4 Coklat & Kecintaan


Coklat juga mengandungi phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta. Tidak hairanlah coklat menjadi pilihan hadiah tanda cinta. Disebabkan oleh teksturnya yang lembut dan mudah larut secara perlahan memberikan kesan seksual bagi orang yang menikmatinya. Selain itu,coklat dapat memberikan kesan nyaman, rileks dan dapat meningkatkan ghairah seksual.